Sejarah Politik China (kawasan)

Rencana–rencana utama: Politik Republik Rakyat China dan Politik Taiwan

Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin di tahun 221 SM, "China" tidak wujud sebagai entiti yang satu. Tamadun China adalah tamadun yang beberapa negeri yang diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China (王), (公), (侯), atau (伯). Walaupun terdapat satu raja pusat yang berkuasa, sesetengah bangsawan tempatan mempunyai penguruh yang kuat keatas kawasan tugasan mereka. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. Pejabat maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Selepas dinasti Qin, China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan. Kawasan jajajan bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah, dengan perluasan dan kuranganya tersendiri. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China. Maharaja juga mempunyai jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan martial, termasuk Perdana Menterinya. Ada masanya kuasa politik jatuh ketangan beberapa pegawai kerajaan, terutama apabila maharaja pada ketika itu lemah dan masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Kedudukan maharaja yang jauh tersorok dalam istana dan terlindung daripada dunia luar sehinggakan maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya bagi muslihat juga tidak membantu keadaan, terutama apabila umur pemerintahan tiada had bawahan dan pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar "kepercayaan".

Perhubugan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan perkahwinan antarabangsa, pertolongan ketenteraan, perjanjian dan hadiah. Antara negara naungan yang diperoleh dengan cara ini adalah negara Melaka di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Malaysia.

Bandar-bandar Luoyang, Chang'an (hari ini dikenali sebagai Xi'an dan ada kalanya [[[Xijing]] (Ibu negara barat)) Beijing (Ibu negara utara) dan Nanjing (Ibu negara selatan) merupakan empat bandar yang paling banyak mendapat status sebagai ibu negara China pada sepanjang sejarahnnya. Bahasa China merupakan bahasa rasmi, meskipun pada waktu pemerintahan dinasti asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu) bahasa-bahasa mereka ini dijadikan bahasa rasmi.

Pada tarikh 1hb Januari 1912, Republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-sen seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang (KMT atau Parti Negara), telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China.

Selepas kematian Yuan, China terbelah dari segi politiknya, dengan satu kerajaan yang lemah, meskipun diiktiraf Barat. Kerajaan ini berpusat di Beijing, akan tetapi, panglima perang mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka.

Dewan Besar Rakyat dimana Kongres Nasional Rakyat (NPC) bersidang.

Pada penghujung kurun 1920-an, parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek sedikit-sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat di bandar Nanjing. Beliau melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun Yat-sen untuk menjadikan China satu negara demokratik yang moden. Rancangan ini adalah berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi Lenin. Yang menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan Parti Komunis China (CCP) pada masa sekarang. Pada tahun 1947, pemerintahan berasaskan perlembagaan diwujudkan akan tetapi disebabkan perang saudara China yang meletus, ramai provisyen perlembagaan ini tidak terlaksana di tanah besar China.

Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China.

Sementara ini, Mao Zedong, pemimpin Komunis China, mengistiharkan republik baru bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'. Pada mulanya, PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah Parti Komunis. Namun, sejak perlaksaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad ke 1970-an, China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China, dan setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya, memerhati gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar, filem dan media massa. Gerakan-gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan, dan satu demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian'anmen pada tahun 1989 dimusnahkan kerajaan. Badan Falun Gong, satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba dihapuskan. Ahli Falun Gong bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan berfikir dan propaganda semakin berkurangan.Templat:Lihatjuga5